Sunday, June 15, 2025

Jenis Perniagaan Yang Boleh Didaftarkan Di Malaysia

Di Malaysia untuk menjalankan pernigaan, anda perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.  Berikut adalah jenis pendaftaran syarikat yang boleh anda lakukan:


Jenis Perniagaan Ciri-Ciri Utama Contoh Sesuai
Milikan Tunggal Dimiliki oleh seorang individu sahaja. Mudah didaftarkan dan diurus.

Perniagaan kecil seperti gerai makan, butik.
Perkongsian Dimiliki oleh 2–20 orang. Tanggungjawab bersama ke atas untung/rugi perniagaan.

Klinik, firma guaman kecil, bengkel kereta.
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) Entiti berasingan daripada pemilik. Liabiliti terhad. Perlu audit & pematuhan undang-undang.

Agensi pembinaan, syarikat IT, pengilang kecil.
Syarikat Awam Berhad (Berhad) Boleh menjual saham kepada awam. Kawalan ketat oleh undang-undang.

Syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.
Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) Gabungan antara ciri-ciri syarikat dan perkongsian. Fleksibel dan liabiliti terhad.
Firma guaman/akauntan yang berdaftar.
Koperasi
Dimiliki oleh ahli yang berkongsi faedah. Ditubuhkan untuk manfaat bersama.
Koperasi pengguna, koperasi sekolah.
Organisasi Bukan Untung (NGO / Yayasan)
Tidak menjana keuntungan, berdaftar di bawah ROS atau SSM bergantung kepada bentuk.
Persatuan kebajikan, kelab sukan, yayasan.

Monday, March 1, 2021

PENGGAJIAN - Pengfailan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2020 (Pendapatan Tahun Kalendar 2020)


Kini telah tiba masa pengfailan cukai oleh individu bagi pendapatan yang diterima bagi tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.

Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Pendapatan bagi individu yang tidak menjalankan perniagaan, iaitu individu yang mempunyai pendapatan penggajian, pendapatan sewa, pendapatan faedah dan lain-lain pendapatan kecuali pendapatan perniagaan adalah pada 30 April 2021

Dokumen apakah yang yang anda perlukan bagi tujuan pengemukaan Borang Nyata Cukai (Borang BE)?

Dokumen Pembuktian Pendapatan

1. Borang EA (bagi pekerja swasta) / Borang EC (bagi kakitangan kerajaan) - majikan akan keluarkan kepada pekerja sebelum 28/2/2021.  Jika belum terima, minta dengan Jabatan Sumber Manusia atau lebih dikenali oleh orang monche sebagai 'HR Department'.

2. Penyata Pendapatan Faedah - Dokumen yang menyatakan jumlah pendapatan faedah yang diterima daripada institusi kewangan (bukan semua pendapatan faedah dikenakan cukai)

3. Bagi yang mempunyai pendapatan sewa, perlu sediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi menentukan pendapatan statutori.


Thursday, April 2, 2020

JENIS PENDAPATAN YANG BOLEH DIKENAKAN CUKAI DI MALAYSIA


PERCUKAIAN


JENIS PENDAPATAN YANG BOLEH DIKENAKAN CUKAI

Kita dah tahu siapa yang boleh dikenakan cukai oleh Kerajaan pada ‘posting’ yang lepas (rujuk sini).

Hari ini kita lihat Kelas Pendapatan (Class of Income) yang boleh dikenakan cukai.  Ini boleh rujuk Seksyen 4, Akta Cukai Pendapatan 1967.

1.         Seksyen 4(a) - Keuntungan daripada perniagaan.
Kalau rugi kena cukai atau tidak? Jawapannya tidak, tapi kerugian dari perniagaan kitab oleh bawa ke tahun hadapan untuk ditolak dengan keuntungan tahun hadapan.  Atau jika kita ada pendapatan lain yang boleh dikenakan cukai, kerugian perniagaan ini boleh ditolak dengan pendapatan bercukai tersebut.

2.         Seksyen 4(b) - Pendapatan daripada Penggajian
Ini adalah bagi mereka yang bekerja atau dalam bahasa pasar, saya makan gaji sahaja.  Ini termasuk Pengarah syarikat yang menerima gaji dari syarikat mereka sendiri.

3.         Seksyen 4(c) - Pendapatan Dividen, Faedah atau Diskaun
Pendapatan dividen yang diterima daripada pelaburan dalam syarikat atau unit amanah.  Nanti kita pergi ‘menyelam’ lagi secara terperinci sama ada pendapatan dividen ini boleh dikecualikan daripada cukai oleh kerajaan.

Pendapatan Faedah selalunya kita terima daripada simpanan tetap di bank… dan ada juga pengecualiannya.

Bagi diskaun pula, saya tidak hendak pergi secara terperinci, ini bank atau institusi kewangan berlesen sahaja ada pendapatan ini.

4.         Seksyen 4(d) – Sewa, Royalti atau Premium
Bagi mereka yang menyewakan premis kediaman, perniagaan atau apa jenis barang yang disediakan. 

5.         Seksyen 4(e) – Pencen atau Annuiti
Ini kebiasaannya bagi pendapatan yang diterima sebelum tempoh wajib pencen.  Sebagai contoh, kalua pencen wajib pada umur 60 tahu, tetapi memilih untuk pencen pada umur 45, pendapatan pencen adalah tertakluk kepada cukai.

6.         Seksyen 4(f) – Apa-apa keuntungan yang tidak jatuh dalam para sebelum
Ini adalah Seksyen paling mengerikan, kalua LHDN tidak boleh mengklasifikasikan pendapatan and berdasarkan 5 di atas, LHDN akan kenakan anda menggunakan Seksyen ini untuk mengenakan cukai ke atas anda.

Nanti kita akan lihat, bagaimana pendapatan sewa boleh jatuh dibawah Seksyen 4(a) dan apa kelebihannya jika sewa dibawah Seksyen 4(a).

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan perakaunan, percukaian dan syarikat sdn bhd, sila email kepada acrasfazian@gmail.com atau asfazian@acrtax.com

Tuesday, March 24, 2020

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI SURUHANJAYA SYARIKAT SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Kemaskini pada 1 April 2020:
Lanjutan daripada PKP, SSM hanya membuka MyData dan hanya terhad kepada pembelian 'profil syarikat' dan 'profil perniagaan'.

Untuk makluman semua, SSM telah menghentikan sementara SEMUA operasi mulai 17 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 termasuk khidmat dalam talian.

Kesan atas perkhidmatan kami sebagai Setiausaha Syarikat adalah:

  1. Tiada 'print out' dapat dibekalkan atas apa tujuan;
  2.  Tiada kemaskini alamat perniagaan dapat dibuat;
  3. Tiada kemaskini perlantikan dan perletakan jawatan Pengarah boleh dibuat
dan yang penting... tiada apa-apa perubahan dan penghantaran dokumen yang boleh dibuat atas Syarikat tuan-tuan.

InshaAllah kita akan kembali berkhidmat pada 1 April 2020.

Thursday, October 31, 2019

Penubuhan Syarikat Di bawah Akta Syarikat 2016


PENUBUHAN SYARIKAT DI BAWAH AKTA SYARIKAT 2016


Berikut adalah perubahan ketara dalam proses penubuhan Syarikat di Malaysia:

a.  Jika dulu anda memerlukan dua (2) orang Pengarah/Promoter untuk menubuhkan Syarikat, sekarang hanya seorang Pengarah yang bermastautin diperlukan untuk menubuhkan syarikat.

b.  Tapi tempoh nama Syarikat akan dirizabkan hanya 30 hari berdanding 3 bulan sebelum ini.  Namun anda boleh melanjutkan tempoh masa dengan membuat sedikit bayaran tambahan.

c.  Hanya perlu mengisi satu borang sahaja dan telah dipermudahkan.

d.  Yang paling utama, anda boleh perbadankan Syarikat sendiri tanpa melalui Setiausaha Syarikat.  Walaubagaimanapun, anda perlu melantik Setiausaha Syarikat dalam tempoh 30 hari dari tarikh Syarikat anda diperbadankan.  Jika tidak, tawaran kompoun dari SSM menanti anda.

Jika anda ingin mencuba memperbadankan syarikat anda sendiri, anda boleh mengunjungi 'link' berikut MyCOID.


Saturday, March 31, 2018

Apa Perlu Disemak Jika Terima EA/AC Bagi Tahun Saraan 2017

Tahun ini dia tiba lagi, apa nak buat dengan Borang EA/EC?!

Saya percaya hampir semua mereka yang mempunyai pendapatan penggajian (dalam bahasa lainnya, makan gaji) telah menerima Borang EA (pekerja swasta) / EC (pekerja kerajaan) daripada majikan masing-masing.  Jika masih belum terima, semak dengan Majikan anda.

Apa sepatutnya saya buat dengan Borang EA/EC ini?

LANGKAH PERTAMA:

Anda perlu menyemak sama ada jumlah saraan tahunan yang anda terima adalah sama dengan yang dicatatkan di dalam Borang EA/EC tersebut.

Mudah sahaja untuk menyemak jika slip gaji bulanan anda mempunyai jumlah terkumpul dari bulan January 2017 hingga Disember 2017.  Jika ada, bandingkan jumlah terkumpul dalam slip gaji bulan Disember 2017 dengan Borang EA/EC anda.  Sebagai contoh dalam slip gaji menunjukkan jumlah yang terkumpul adalah RM60,000, dan pastikan juga jumlah dalam EA / EC juga adalah RM60,000.

'Tapi Borang EA/EC saya tidak sama.  Slip gaji menunjukan gaji terkumpul lebih tinggi dari Borang EA/EC.'

Jika tidak sama, semak slip gaji terkumpul jika terdapat tuntutan perbelanjaan (seperti perjalanan dan telefon) yang dibayar balik oleh majikan.  Sesetengah majikan membayar tuntutan perbelanjaan melalui bayaran gaji.  Jika ada, tolak amaun tuntutan perbelanjaan tersebut.


LANGKAH KE DUA:

Semak jumlah Potongan Cukai Bulanan yang dibuat oleh majikan.  Pastikan jumlah yang dibuat oleh majikan seperti dalam slip gaji sama dengan apa yang direkodkan dalam Borang EA/EC.  Ini bagi memastikan jumlah akhir bayaran cukai ATAU apabila bayaran balik cukai adalah seperti yang dikira.

Anda juga boleh 'cross check' apabila anda mengisi Borang Retan Cukai anda melalui dalam talian.   Amaun PCB yang telah diremitkan oleh majikan akan dinyatakan dalam ruang PCB. 


LANGKAH KE TIGA

Perkara ke tiga yang penting untuk disemak adalah jumlah potongan KWSP dan SOCSO (bahagian pekerja sahaja).  Ini bagi tujuan tuntutan pelepasan sebanyak RM6,000 di bawah pelepasan insuran nyawa/caruman & KWSP dan pelepasan baru yang diperkenalkan iaitu pelepasan SOCSO sebanyak RM250 (maksima tuntutan).




LANGKAH KE EMPAT ... Saya dah semak dan semua betul ... apa lagi, tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai pemabayar cukai dengan mengemukakan penyata cukai anda atau lebih dikenali dengan Borang BE sebelum atau pada 30 April 2018.  Kalau anda mengemuakan melalui E-Filing, ada tambahan masa sehingga 15 Mei 2018.

'ANDA ADALAH WIRAN NEGARA'

Bagi khidmat nasihat perniagaan dan percukaian, sila hubungi kami melalui email di contact@acrtax.com 


Tuesday, March 14, 2017

Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Apabila Menerima Borang EA/EC 2016

Saya percaya hampir semua mereka yang mempunyai pendapatan penggajian (dalam bahasa lainnya, makan gaji) telah menerima Borang EA (pekerja swasta) / EC (pekerja kerajaan) daripada majikan masing-masing.

Apa sepatutnya saya buat dengan Borang EA/EC ini?

LANGKAH PERTAMA:

Anda perlu menyemak sama ada jumlah saraan tahunan yang anda terima adalah sama dengan yang dicatatkan di dalam Borang EA/EC tersebut.

Mudah sahaja untuk menyemak jika slip gaji bulanan anda mempunyai jumlah terkumpul dari bulan January 2016 hingga Disember 2016.  Jika ada, banding jumlah terkumpul dalam slip gaji bulan Disember 2016 dan bandingkan dengan Borang EA/EC anda.  Sebagai contoh dalam slip gaji menunjukkan jumlah yang terkumpul adalah RM60,000, dan pastikan juga jumlah dalam EA / EC juga adalah RM60,000.

'Tapi Borang EA/EC saya tidak sama.  Slip gaji menunjukan gaji terkumpul lebih tinggi dari Borang EA/EC.'

Jika tidak sama, semak slip gaji terkumpul jika terdapat tuntutan perbelanjaan (seperti perjalanan dan telefon) yang dibayar balik oleh majikan.  Sesetengah majikan membayar tuntutan perbelanjaan melalui bayaran gaji.  Jika ada, tolak amaun tuntutan perbelanjaan tersebut.


LANGKAH KE DUA:

Semak jumlah Potongan Cukai Bulanan yang dibuat oleh majikan.  Pastikan jumlah yang dibuat oleh majikan seperti dalam slip gaji sama dengan apa yang direkodkan dalam Borang EA/EC.  Ini bagi memastikan jumlah akhir bayaran cukai ATAU apabila bayaran balik cukai adalah seperti yang dikira.

Anda juga boleh 'cross check' apabila anda mengisi Borang Retan Cukai anda melalui dalam talian.  Saya akan kongsikan nanti dalam 'entry' yang lain.


LANGKAH KE TIGA

Perkara ke tiga yang penting untuk disemak adalah jumlah potongan KWSP dan SOCSO (bahagian pekerja sahaja).  Ini bagi tujuan tuntutan pelepasan sebanyak RM6,000 di bawah pelepasan insuran nyawa/caruman KWSP dan pelepasan baru yang diperkenalkan iaitu pelepasan SOCSO sebanyak RM250.

Saya akan kongsikan nanti secara illustrasi cara menyemak Borang EA/EC dan juga sama kita perlu mengfailkan Borang Retan 2016  bagi pendapatan penggajian yang kita terima dalam tahun 2016.


NANTIKAN...

p/s: Jika perlukan perkhidmatan kami, sila email ke acrasfazian@gmail.com