Tuesday, March 14, 2017

Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Apabila Menerima Borang EA/EC 2016

Saya percaya hampir semua mereka yang mempunyai pendapatan penggajian (dalam bahasa lainnya, makan gaji) telah menerima Borang EA (pekerja swasta) / EC (pekerja kerajaan) daripada majikan masing-masing.

Apa sepatutnya saya buat dengan Borang EA/EC ini?

LANGKAH PERTAMA:

Anda perlu menyemak sama ada jumlah saraan tahunan yang anda terima adalah sama dengan yang dicatatkan di dalam Borang EA/EC tersebut.

Mudah sahaja untuk menyemak jika slip gaji bulanan anda mempunyai jumlah terkumpul dari bulan January 2016 hingga Disember 2016.  Jika ada, banding jumlah terkumpul dalam slip gaji bulan Disember 2016 dan bandingkan dengan Borang EA/EC anda.  Sebagai contoh dalam slip gaji menunjukkan jumlah yang terkumpul adalah RM60,000, dan pastikan juga jumlah dalam EA / EC juga adalah RM60,000.

'Tapi Borang EA/EC saya tidak sama.  Slip gaji menunjukan gaji terkumpul lebih tinggi dari Borang EA/EC.'

Jika tidak sama, semak slip gaji terkumpul jika terdapat tuntutan perbelanjaan (seperti perjalanan dan telefon) yang dibayar balik oleh majikan.  Sesetengah majikan membayar tuntutan perbelanjaan melalui bayaran gaji.  Jika ada, tolak amaun tuntutan perbelanjaan tersebut.


LANGKAH KE DUA:

Semak jumlah Potongan Cukai Bulanan yang dibuat oleh majikan.  Pastikan jumlah yang dibuat oleh majikan seperti dalam slip gaji sama dengan apa yang direkodkan dalam Borang EA/EC.  Ini bagi memastikan jumlah akhir bayaran cukai ATAU apabila bayaran balik cukai adalah seperti yang dikira.

Anda juga boleh 'cross check' apabila anda mengisi Borang Retan Cukai anda melalui dalam talian.  Saya akan kongsikan nanti dalam 'entry' yang lain.


LANGKAH KE TIGA

Perkara ke tiga yang penting untuk disemak adalah jumlah potongan KWSP dan SOCSO (bahagian pekerja sahaja).  Ini bagi tujuan tuntutan pelepasan sebanyak RM6,000 di bawah pelepasan insuran nyawa/caruman KWSP dan pelepasan baru yang diperkenalkan iaitu pelepasan SOCSO sebanyak RM250.

Saya akan kongsikan nanti secara illustrasi cara menyemak Borang EA/EC dan juga sama kita perlu mengfailkan Borang Retan 2016  bagi pendapatan penggajian yang kita terima dalam tahun 2016.


NANTIKAN...

p/s: Jika perlukan perkhidmatan kami, sila email ke acrasfazian@gmail.com