Tahun ini dia tiba lagi, apa nak buat dengan Borang EA/EC?!
Saya percaya hampir semua mereka yang mempunyai pendapatan penggajian (dalam bahasa lainnya, makan gaji) telah menerima Borang EA (pekerja swasta) / EC (pekerja kerajaan) daripada majikan masing-masing. Jika masih belum terima, semak dengan Majikan anda.
Saya percaya hampir semua mereka yang mempunyai pendapatan penggajian (dalam bahasa lainnya, makan gaji) telah menerima Borang EA (pekerja swasta) / EC (pekerja kerajaan) daripada majikan masing-masing. Jika masih belum terima, semak dengan Majikan anda.
Apa sepatutnya saya buat dengan Borang EA/EC ini?
LANGKAH PERTAMA:
Anda perlu menyemak sama ada jumlah saraan tahunan yang anda terima adalah sama dengan yang dicatatkan di dalam Borang EA/EC tersebut.
Mudah sahaja untuk menyemak jika slip gaji bulanan anda mempunyai jumlah terkumpul dari bulan January 2017 hingga Disember 2017. Jika ada, bandingkan jumlah terkumpul dalam slip gaji bulan Disember 2017 dengan Borang EA/EC anda. Sebagai contoh dalam slip gaji menunjukkan jumlah yang terkumpul adalah RM60,000, dan pastikan juga jumlah dalam EA / EC juga adalah RM60,000.
'Tapi Borang EA/EC saya tidak sama. Slip gaji menunjukan gaji terkumpul lebih tinggi dari Borang EA/EC.'
Jika tidak sama, semak slip gaji terkumpul jika terdapat tuntutan perbelanjaan (seperti perjalanan dan telefon) yang dibayar balik oleh majikan. Sesetengah majikan membayar tuntutan perbelanjaan melalui bayaran gaji. Jika ada, tolak amaun tuntutan perbelanjaan tersebut.
LANGKAH KE DUA:
Semak jumlah Potongan Cukai Bulanan yang dibuat oleh majikan. Pastikan jumlah yang dibuat oleh majikan seperti dalam slip gaji sama dengan apa yang direkodkan dalam Borang EA/EC. Ini bagi memastikan jumlah akhir bayaran cukai ATAU apabila bayaran balik cukai adalah seperti yang dikira.
Anda juga boleh 'cross check' apabila anda mengisi Borang Retan Cukai anda melalui dalam talian. Amaun PCB yang telah diremitkan oleh majikan akan dinyatakan dalam ruang PCB.
LANGKAH KE TIGA
Perkara ke tiga yang penting untuk disemak adalah jumlah potongan KWSP dan SOCSO (bahagian pekerja sahaja). Ini bagi tujuan tuntutan pelepasan sebanyak RM6,000 di bawah pelepasan insuran nyawa/caruman & KWSP dan pelepasan baru yang diperkenalkan iaitu pelepasan SOCSO sebanyak RM250 (maksima tuntutan).
LANGKAH KE EMPAT ... Saya dah semak dan semua betul ... apa lagi, tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai pemabayar cukai dengan mengemukakan penyata cukai anda atau lebih dikenali dengan Borang BE sebelum atau pada 30 April 2018. Kalau anda mengemuakan melalui E-Filing, ada tambahan masa sehingga 15 Mei 2018.
'ANDA ADALAH WIRAN NEGARA'
Bagi khidmat nasihat perniagaan dan percukaian, sila hubungi kami melalui email di contact@acrtax.com