Thursday, April 2, 2020

JENIS PENDAPATAN YANG BOLEH DIKENAKAN CUKAI DI MALAYSIA


PERCUKAIAN


JENIS PENDAPATAN YANG BOLEH DIKENAKAN CUKAI

Kita dah tahu siapa yang boleh dikenakan cukai oleh Kerajaan pada ‘posting’ yang lepas (rujuk sini).

Hari ini kita lihat Kelas Pendapatan (Class of Income) yang boleh dikenakan cukai.  Ini boleh rujuk Seksyen 4, Akta Cukai Pendapatan 1967.

1.         Seksyen 4(a) - Keuntungan daripada perniagaan.
Kalau rugi kena cukai atau tidak? Jawapannya tidak, tapi kerugian dari perniagaan kitab oleh bawa ke tahun hadapan untuk ditolak dengan keuntungan tahun hadapan.  Atau jika kita ada pendapatan lain yang boleh dikenakan cukai, kerugian perniagaan ini boleh ditolak dengan pendapatan bercukai tersebut.

2.         Seksyen 4(b) - Pendapatan daripada Penggajian
Ini adalah bagi mereka yang bekerja atau dalam bahasa pasar, saya makan gaji sahaja.  Ini termasuk Pengarah syarikat yang menerima gaji dari syarikat mereka sendiri.

3.         Seksyen 4(c) - Pendapatan Dividen, Faedah atau Diskaun
Pendapatan dividen yang diterima daripada pelaburan dalam syarikat atau unit amanah.  Nanti kita pergi ‘menyelam’ lagi secara terperinci sama ada pendapatan dividen ini boleh dikecualikan daripada cukai oleh kerajaan.

Pendapatan Faedah selalunya kita terima daripada simpanan tetap di bank… dan ada juga pengecualiannya.

Bagi diskaun pula, saya tidak hendak pergi secara terperinci, ini bank atau institusi kewangan berlesen sahaja ada pendapatan ini.

4.         Seksyen 4(d) – Sewa, Royalti atau Premium
Bagi mereka yang menyewakan premis kediaman, perniagaan atau apa jenis barang yang disediakan. 

5.         Seksyen 4(e) – Pencen atau Annuiti
Ini kebiasaannya bagi pendapatan yang diterima sebelum tempoh wajib pencen.  Sebagai contoh, kalua pencen wajib pada umur 60 tahu, tetapi memilih untuk pencen pada umur 45, pendapatan pencen adalah tertakluk kepada cukai.

6.         Seksyen 4(f) – Apa-apa keuntungan yang tidak jatuh dalam para sebelum
Ini adalah Seksyen paling mengerikan, kalua LHDN tidak boleh mengklasifikasikan pendapatan and berdasarkan 5 di atas, LHDN akan kenakan anda menggunakan Seksyen ini untuk mengenakan cukai ke atas anda.

Nanti kita akan lihat, bagaimana pendapatan sewa boleh jatuh dibawah Seksyen 4(a) dan apa kelebihannya jika sewa dibawah Seksyen 4(a).

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan perakaunan, percukaian dan syarikat sdn bhd, sila email kepada acrasfazian@gmail.com atau asfazian@acrtax.com

Tuesday, March 24, 2020

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI SURUHANJAYA SYARIKAT SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Kemaskini pada 1 April 2020:
Lanjutan daripada PKP, SSM hanya membuka MyData dan hanya terhad kepada pembelian 'profil syarikat' dan 'profil perniagaan'.

Untuk makluman semua, SSM telah menghentikan sementara SEMUA operasi mulai 17 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 termasuk khidmat dalam talian.

Kesan atas perkhidmatan kami sebagai Setiausaha Syarikat adalah:

  1. Tiada 'print out' dapat dibekalkan atas apa tujuan;
  2.  Tiada kemaskini alamat perniagaan dapat dibuat;
  3. Tiada kemaskini perlantikan dan perletakan jawatan Pengarah boleh dibuat
dan yang penting... tiada apa-apa perubahan dan penghantaran dokumen yang boleh dibuat atas Syarikat tuan-tuan.

InshaAllah kita akan kembali berkhidmat pada 1 April 2020.