PERCUKAIAN
JENIS PENDAPATAN
YANG BOLEH DIKENAKAN CUKAI
Kita dah tahu siapa yang boleh
dikenakan cukai oleh Kerajaan pada ‘posting’ yang lepas (rujuk sini).
Hari ini kita lihat Kelas
Pendapatan (Class of Income) yang boleh dikenakan cukai. Ini boleh rujuk Seksyen 4, Akta Cukai
Pendapatan 1967.
1. Seksyen 4(a) - Keuntungan
daripada perniagaan.
Kalau rugi kena cukai atau tidak? Jawapannya tidak,
tapi kerugian dari perniagaan kitab oleh bawa ke tahun hadapan untuk ditolak
dengan keuntungan tahun hadapan. Atau
jika kita ada pendapatan lain yang boleh dikenakan cukai, kerugian perniagaan
ini boleh ditolak dengan pendapatan bercukai tersebut.
2. Seksyen 4(b) - Pendapatan
daripada Penggajian
Ini adalah bagi mereka yang bekerja atau dalam bahasa
pasar, saya makan gaji sahaja. Ini
termasuk Pengarah syarikat yang menerima gaji dari syarikat mereka sendiri.
3. Seksyen 4(c) - Pendapatan
Dividen, Faedah atau Diskaun
Pendapatan dividen yang diterima daripada pelaburan
dalam syarikat atau unit amanah. Nanti
kita pergi ‘menyelam’ lagi secara terperinci sama ada pendapatan dividen ini
boleh dikecualikan daripada cukai oleh kerajaan.
Pendapatan Faedah selalunya kita terima daripada
simpanan tetap di bank… dan ada juga pengecualiannya.
Bagi diskaun pula, saya tidak hendak pergi secara
terperinci, ini bank atau institusi kewangan berlesen sahaja ada pendapatan
ini.
4. Seksyen 4(d) – Sewa,
Royalti atau Premium
Bagi mereka yang menyewakan premis kediaman,
perniagaan atau apa jenis barang yang disediakan.
5. Seksyen 4(e) – Pencen
atau Annuiti
Ini kebiasaannya bagi pendapatan yang diterima sebelum
tempoh wajib pencen. Sebagai contoh, kalua
pencen wajib pada umur 60 tahu, tetapi memilih untuk pencen pada umur 45,
pendapatan pencen adalah tertakluk kepada cukai.
6. Seksyen 4(f) – Apa-apa
keuntungan yang tidak jatuh dalam para sebelum
Ini adalah Seksyen paling mengerikan, kalua LHDN tidak
boleh mengklasifikasikan pendapatan and berdasarkan 5 di atas, LHDN akan
kenakan anda menggunakan Seksyen ini untuk mengenakan cukai ke atas anda.
Nanti kita akan lihat, bagaimana pendapatan sewa boleh jatuh dibawah
Seksyen 4(a) dan apa kelebihannya jika sewa dibawah Seksyen 4(a).
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan perakaunan,
percukaian dan syarikat sdn bhd, sila email kepada acrasfazian@gmail.com atau asfazian@acrtax.com