Monday, March 1, 2021

PENGGAJIAN - Pengfailan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2020 (Pendapatan Tahun Kalendar 2020)


Kini telah tiba masa pengfailan cukai oleh individu bagi pendapatan yang diterima bagi tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.

Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Pendapatan bagi individu yang tidak menjalankan perniagaan, iaitu individu yang mempunyai pendapatan penggajian, pendapatan sewa, pendapatan faedah dan lain-lain pendapatan kecuali pendapatan perniagaan adalah pada 30 April 2021

Dokumen apakah yang yang anda perlukan bagi tujuan pengemukaan Borang Nyata Cukai (Borang BE)?

Dokumen Pembuktian Pendapatan

1. Borang EA (bagi pekerja swasta) / Borang EC (bagi kakitangan kerajaan) - majikan akan keluarkan kepada pekerja sebelum 28/2/2021.  Jika belum terima, minta dengan Jabatan Sumber Manusia atau lebih dikenali oleh orang monche sebagai 'HR Department'.

2. Penyata Pendapatan Faedah - Dokumen yang menyatakan jumlah pendapatan faedah yang diterima daripada institusi kewangan (bukan semua pendapatan faedah dikenakan cukai)

3. Bagi yang mempunyai pendapatan sewa, perlu sediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi menentukan pendapatan statutori.