Tuesday, March 14, 2017

Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Apabila Menerima Borang EA/EC 2016

Saya percaya hampir semua mereka yang mempunyai pendapatan penggajian (dalam bahasa lainnya, makan gaji) telah menerima Borang EA (pekerja swasta) / EC (pekerja kerajaan) daripada majikan masing-masing.

Apa sepatutnya saya buat dengan Borang EA/EC ini?

LANGKAH PERTAMA:

Anda perlu menyemak sama ada jumlah saraan tahunan yang anda terima adalah sama dengan yang dicatatkan di dalam Borang EA/EC tersebut.

Mudah sahaja untuk menyemak jika slip gaji bulanan anda mempunyai jumlah terkumpul dari bulan January 2016 hingga Disember 2016.  Jika ada, banding jumlah terkumpul dalam slip gaji bulan Disember 2016 dan bandingkan dengan Borang EA/EC anda.  Sebagai contoh dalam slip gaji menunjukkan jumlah yang terkumpul adalah RM60,000, dan pastikan juga jumlah dalam EA / EC juga adalah RM60,000.

'Tapi Borang EA/EC saya tidak sama.  Slip gaji menunjukan gaji terkumpul lebih tinggi dari Borang EA/EC.'

Jika tidak sama, semak slip gaji terkumpul jika terdapat tuntutan perbelanjaan (seperti perjalanan dan telefon) yang dibayar balik oleh majikan.  Sesetengah majikan membayar tuntutan perbelanjaan melalui bayaran gaji.  Jika ada, tolak amaun tuntutan perbelanjaan tersebut.


LANGKAH KE DUA:

Semak jumlah Potongan Cukai Bulanan yang dibuat oleh majikan.  Pastikan jumlah yang dibuat oleh majikan seperti dalam slip gaji sama dengan apa yang direkodkan dalam Borang EA/EC.  Ini bagi memastikan jumlah akhir bayaran cukai ATAU apabila bayaran balik cukai adalah seperti yang dikira.

Anda juga boleh 'cross check' apabila anda mengisi Borang Retan Cukai anda melalui dalam talian.  Saya akan kongsikan nanti dalam 'entry' yang lain.


LANGKAH KE TIGA

Perkara ke tiga yang penting untuk disemak adalah jumlah potongan KWSP dan SOCSO (bahagian pekerja sahaja).  Ini bagi tujuan tuntutan pelepasan sebanyak RM6,000 di bawah pelepasan insuran nyawa/caruman KWSP dan pelepasan baru yang diperkenalkan iaitu pelepasan SOCSO sebanyak RM250.

Saya akan kongsikan nanti secara illustrasi cara menyemak Borang EA/EC dan juga sama kita perlu mengfailkan Borang Retan 2016  bagi pendapatan penggajian yang kita terima dalam tahun 2016.


NANTIKAN...

p/s: Jika perlukan perkhidmatan kami, sila email ke acrasfazian@gmail.com


Friday, January 27, 2017

Tarikh Penting Untuk Menfailkan Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun 2017


Dah sampai masanya untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi pendapatan yang diterima dalam tahun 2016.

LHDN telah mengeluarkan notifikasi berkenaan program memfail Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun 2017.

Bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian (makan gaji), tarikh akhir mengemukakan BNCP (Borang BE) bagi tahun taksiran 2016 (pendapatan penggajian yang diterima dalam tahun 2016) adalah pada 30 April 2017.

LHDN telah memberi tempoh ihsan (grace period) bagi pembayar cukai yang mengemukakan Borang BE sehingga 15 May 2017 dengan syarat Borang BE dikemukakan melalui e-filing.

Jika melalui pos, tempoh ihsan hanya sehingga 3 May 2017 dan tiada tempoh ihsan jika dikemukakan melalui serahan tangan.

Bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan, sila rujuk halaman Hasil seperti di bawah bagi tarikh akhir penyerahan Borang B:
Program Memfail BNCP 2017

Nota:  Nantikan kemaskini posting ini bagi tarikh akhir pengemukaan Borang B (pendapatan perniagaan).

Monday, January 23, 2017

SIAPA SEBENARNYA KENA BAYAR CUKAI?

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Aku kerja kampung je... banyak mana pun dapat, tak kena kot.  Paling banyak sebulan pun masa harga getah tinggi, RM7,000 sebulan.  Purata dalm RM4,000 je..."

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Inilah dialog yang sering dilontarkan bagi menafikan yang diri sepatutnya sudah dikira wajib mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Bak kata orang putih "ignorance is not an excuse"... mari kita rujuk Akta Cukai Pendapatan, 1967.

Seksyen 3

"... a tax to be known as income tax shall be charged for each year of assessment upon the income of any person accruing in or derived from Malaysia or received in Malaysia from outside Malaysia."

Terjemahan secara kasar dalam Bahasa Malaysia...

Cukai akan dikenakan pada setiap tahun taksiran ke atas pendapatan seseorang yang terakru atau diterima dari Malaysia atau diterima dalam Malaysia dari luar Malaysia.

Any person bermaksud sesiapa sahaja termasuk syarikat, body of persons, perkongsian liabiliti terhad dan a corporation sole.

Dalam erti kata lain, tiada seorang pun terkecuali daripada membayar cukai, termasuk kanan-kanak. Kalau tak percaya boleh rujuk Seksyen 69(3) & (4), ACP 1967.


Yang pasti dalam hidup ini, cukai dan mati 😅

~acr~

Sunday, January 22, 2017

MUKADIMAH

Salam dan Selamat Sejahtera semua,

Blog ini dicipta bagi membolehkan saya berkongsi ilmu perakaunan, percukaian, gst & penubuhan perniagaan.  Banyak maklumat boleh dicari di alam maya ini namum amat sedikit perkongsian ilmu yang dikongsi dalam bahasa Malaysia.

Boleh dikatakan agak mustahil untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan 'berat' dalam topik perakaunan dan percukaian (cukai pendapatan dan GST) dalam Bahasa Malaysia. Jika kita lihat Akta Cukai Pendapatan 1967 telah ditulis dalam Bahasa Inggeris.  Dan bagi memperkasakan Bahasa Malaysia, saya percaya, LHDN telah menyediakan  Ketetapan Umum dan Garis Panduan dalam bahasa Malaysia.

Dari sudut perakaunan, walaupun ada universiti yang telah menetapkan syarahan dan kuliah dalam Bahasa Malaysia, tetapi bahan rujukan dalam Bahasa Malaysia masih kurang.  Pelajar masih perlu merujuk kepada bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris.

Oleh yang yang demikian, saya akan cuba berkongsi pengetahuan dalam Bahasa Malaysia bagi manfaat kepada semua terutama yang mencari bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia.

Walaubagaimanapun, saya mungkin akan menggunakan bahasa yang kurang rasmi (santai dan tidak terlalu teknikal) bagi membolehkan perkongsian ini boleh difahami dengan mudah. 

In Shaa Allah, dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang mencari maklumat bagi tujuan menjalani kehidupan seharian.

p/s: Disebabkan masa yang agak terhad, artikel pertama saya hanya akan diterbitkan pada minggu pertama bulan Februari 2017.