Friday, January 27, 2017

Tarikh Penting Untuk Menfailkan Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun 2017


Dah sampai masanya untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi pendapatan yang diterima dalam tahun 2016.

LHDN telah mengeluarkan notifikasi berkenaan program memfail Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun 2017.

Bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian (makan gaji), tarikh akhir mengemukakan BNCP (Borang BE) bagi tahun taksiran 2016 (pendapatan penggajian yang diterima dalam tahun 2016) adalah pada 30 April 2017.

LHDN telah memberi tempoh ihsan (grace period) bagi pembayar cukai yang mengemukakan Borang BE sehingga 15 May 2017 dengan syarat Borang BE dikemukakan melalui e-filing.

Jika melalui pos, tempoh ihsan hanya sehingga 3 May 2017 dan tiada tempoh ihsan jika dikemukakan melalui serahan tangan.

Bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan, sila rujuk halaman Hasil seperti di bawah bagi tarikh akhir penyerahan Borang B:
Program Memfail BNCP 2017

Nota:  Nantikan kemaskini posting ini bagi tarikh akhir pengemukaan Borang B (pendapatan perniagaan).

No comments:

Post a Comment