Friday, January 27, 2017
Tarikh Penting Untuk Menfailkan Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun 2017
Dah sampai masanya untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi pendapatan yang diterima dalam tahun 2016.
LHDN telah mengeluarkan notifikasi berkenaan program memfail Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun 2017.
Bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian (makan gaji), tarikh akhir mengemukakan BNCP (Borang BE) bagi tahun taksiran 2016 (pendapatan penggajian yang diterima dalam tahun 2016) adalah pada 30 April 2017.
LHDN telah memberi tempoh ihsan (grace period) bagi pembayar cukai yang mengemukakan Borang BE sehingga 15 May 2017 dengan syarat Borang BE dikemukakan melalui e-filing.
Jika melalui pos, tempoh ihsan hanya sehingga 3 May 2017 dan tiada tempoh ihsan jika dikemukakan melalui serahan tangan.
Bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan, sila rujuk halaman Hasil seperti di bawah bagi tarikh akhir penyerahan Borang B:
Program Memfail BNCP 2017
Nota: Nantikan kemaskini posting ini bagi tarikh akhir pengemukaan Borang B (pendapatan perniagaan).
Monday, January 23, 2017
SIAPA SEBENARNYA KENA BAYAR CUKAI?
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
"Aku kerja kampung je... banyak mana pun dapat, tak kena kot. Paling banyak sebulan pun masa harga getah tinggi, RM7,000 sebulan. Purata dalm RM4,000 je..."
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Inilah dialog yang sering dilontarkan bagi menafikan yang diri sepatutnya sudah dikira wajib mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
Bak kata orang putih "ignorance is not an excuse"... mari kita rujuk Akta Cukai Pendapatan, 1967.
Seksyen 3
"... a tax to be
known as income tax shall be charged for each year of
assessment upon the income of any person accruing in
or derived from Malaysia or received in Malaysia from outside Malaysia."
Terjemahan secara kasar dalam Bahasa Malaysia...
Cukai akan dikenakan pada setiap tahun taksiran ke atas pendapatan seseorang yang terakru atau diterima dari Malaysia atau diterima dalam Malaysia dari luar Malaysia.
Any person bermaksud sesiapa sahaja termasuk syarikat, body of persons, perkongsian liabiliti terhad dan a corporation sole.
Dalam erti kata lain, tiada seorang pun terkecuali daripada membayar cukai, termasuk kanan-kanak. Kalau tak percaya boleh rujuk Seksyen 69(3) & (4), ACP 1967.
Yang pasti dalam hidup ini, cukai dan mati 😅
~acr~
Sunday, January 22, 2017
MUKADIMAH
Salam dan Selamat Sejahtera semua,
Blog ini dicipta bagi membolehkan saya berkongsi ilmu perakaunan, percukaian, gst & penubuhan perniagaan. Banyak maklumat boleh dicari di alam maya ini namum amat sedikit perkongsian ilmu yang dikongsi dalam bahasa Malaysia.
Boleh dikatakan agak mustahil untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan 'berat' dalam topik perakaunan dan percukaian (cukai pendapatan dan GST) dalam Bahasa Malaysia. Jika kita lihat Akta Cukai Pendapatan 1967 telah ditulis dalam Bahasa Inggeris. Dan bagi memperkasakan Bahasa Malaysia, saya percaya, LHDN telah menyediakan Ketetapan Umum dan Garis Panduan dalam bahasa Malaysia.
Dari sudut perakaunan, walaupun ada universiti yang telah menetapkan syarahan dan kuliah dalam Bahasa Malaysia, tetapi bahan rujukan dalam Bahasa Malaysia masih kurang. Pelajar masih perlu merujuk kepada bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris.
Oleh yang yang demikian, saya akan cuba berkongsi pengetahuan dalam Bahasa Malaysia bagi manfaat kepada semua terutama yang mencari bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia.
Walaubagaimanapun, saya mungkin akan menggunakan bahasa yang kurang rasmi (santai dan tidak terlalu teknikal) bagi membolehkan perkongsian ini boleh difahami dengan mudah.
In Shaa Allah, dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang mencari maklumat bagi tujuan menjalani kehidupan seharian.
p/s: Disebabkan masa yang agak terhad, artikel pertama saya hanya akan diterbitkan pada minggu pertama bulan Februari 2017.
Subscribe to:
Posts (Atom)